Nuffnang Ads

Saturday, February 7, 2009

mereka..

sedang aku melayari blog2 orang yang sedang berada di utp.. membuatkan aku rindu akan suasana semasa bersuka ria, bergurau senda, berjuang bersama, dengan mereka2 yang teramat bermakna dalam hidupku.. sedangkan aku di sini, keseorangan gigih menahan hidup seharian ku tanpa mereka... aku bersyukur yang aku disamping keluarga... alhamdu Lillah punya juga tempat menumpahkan kasih sayang , rasa rindu yang berbeku di hati.. setelah hampir 3 bulan.. apa khabar agaknya mereka di sana? baikkah? sakitkah?

terkadang pernah juga aku memikirkan.. kenapa begitu kuat rasa kasih dan sayangku untuk mereka? mereka yang berada di utp mahupun yang telah melangkah ke alam pekerjaan.. mereka yang punya ikatan 'istimewa' dengan ku.. entah aku tak mengerti.. walau aku pernah dikecewakan, walau aku pernah di sakiti, walau aku pernah mengecewakan dan menyakiti mereka.. tidak membuat kan kami berpisah jauh.. malah makin rapat.. itu yang aku percaya.. insya Allah, hubungan ini akan kekal..

selama 21 tahun aku mencari2... adakah ada orang di dunia ini yang mengerti perasaan ku, yang mengerti kemahuanku, yang mengerti kehendakku? dan Allah mempertemukan aku dengan mereka.. tatkala aku sedar akan kurniaan Tuhan ini, menitis air mataku tanda kesyukuran yang teramat.. lebih2 lagi dengan takdirku dijodohkan dengan seorang insan ini.. mengenalinya bagai mengenali diriku sendiri.. memahaminya bagai memahami diriku sendiri.. laluan hidupnya seperti apa yang aku lalui.. suka,duka, kami harungi bersama.. mungkin kerana itu kami digelar 'partner sejati'?..

sepanjang hidupku.. pandanganku, sentuhanku,pendengaran ku, semua tentang diriku.. bagaikan dilaksanakan oleh sarungan yang dipakai sepanjang hidup.. bagai terkongkong di dalam sebuah sarung,lebih tepat lagi bagai sebuah mimpi... cuma baru2 ini sahaja aku tersedar, sarung yang aku pakai ini adalah diriku yang sebenar... adakah mungkin kerana, baru sekarang aku mula mengkaji siapa diriku, apa tujuanku, apa fungsiku? walau belum lagi berjumpa dengan jawapan2nya.. insya Allah suatu hari nanti aku akan berasa puas dan bebas dari belenggu ini..semoga ditetapkan hati kami di jalan ini.. amiinn..

6 comments:

  1. rindu & chayunk kak effa jgk~ =)

    cpt2 abes intern ek...pasni bole bersama ktorg smla..

    ReplyDelete
  2. huuu... terharu2.. diyana pun cepat2 sembuh~ pasnih jgn pakse2 diri lagi~ ti ramai orang riso.. huu... :)

    ReplyDelete
  3. call it 'UTPsick'. a term that replaces 'homesick'. it is a sickening disease that hurts u inside n nothing much u can do about it n u might consider browsing tru their pics a a 'painkiller'. no cure until u arrive utp.

    lg terok dr rindu boifren bcoz u practically rindu lots of boifrensss. n girlfrensss jugak.

    i'd suffer one. lucky i survive, but things changed when i got back here. byk yg dah grad and new interns also make their moves.

    /me pok2 effa.. saba yekk :D

    ReplyDelete
  4. rindu rinduan~~

    x sabar nk tunggu bulan 6!!!! ^O^

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. yunyung!!

    sori2..tadi tsilap comment gne emel rumah..

    windu ko gak yunyung!!!!

    isk isk!! x sangka ade blog private laen slaen dr yang neh!

    da la ajak didie jek...*jeles*

    huk3~

    ReplyDelete