Nuffnang Ads

Thursday, December 24, 2009

malam ini..

di tengah malam ini.. terasa sungguh bosan berada dalam bilik yang gelap ni.. duk sorang2 lak tuh.. padahal orang lain dah nyenyak tidur kat bilik masing2.. maka, meng muhasabah diri.. sambil layan blog jugak.. esok, keputusan pmr keluar.. (adik aku nih tak riso keh?...) berharap agar adik akan dapat keputusan yang bagus.. riso gak sebab usaha yang dicurahkan tak seberapa.. memandangkan dia nih tak rajin blaja sangat.. (besela budak laki.. huk2).. tapi takpe, chaiyok2 adik!!!

erm.. esok, derang pegi klinik lagi.. laser mata.. (semoga usaha ini berbaloi dan mata akan pulih..)
lepas hantar derang pegi klinik, baru pegi ambil keputusan adik di sekolahnya.. hmm...
bercadang nak contact hamdan(kawan time intern dlu..) nak mintak data untuk fyp.. memandangkan si encik yang selalu itu, tidak mengreply sms ku!! tak bahek tau encik.. huk2.. okeh, takpe2.. harap2 hamdan ada data itu..

hmm.. azam tahun ini.. (ikut tahun islam) nak jadi lebih baik berbanding tahun lepas.. sedar memang tahun lepas adelah sangat mengikut perasaan dan tak berfikir panjang dalam membuat keputusan dan tindakan.. ingin kembali seperti dlu.. tapi, oleh kerana next sem adelah final sem (akak nak grad~ insya Allah) haruslah mengbalancekan hidup dalam persatuan dan akademik.. (baru nak balancekan pun.. -_-" )

tak sabarnye nak grad.. tapi sdey jugak nak grad.. fikir2 balik, kenape ek sdey? agak2 ade tak orang sdey pasal aku nak tinggalkan utp?? hmmm....... (takde kot.. haha) okey, bagi orang macam sya, takkan appreciate sesuatu yang sya miliki.. (disadvantage di situ... melainkan ada orang yang menyedarkan sya betapa berharganya sesuatu itu..) yee.. kesimpulannya, sya memang agak selfish.. (menjual ikan pun tak laku.. huhu)

di kesempatan ini, sya ingin meminta maaf kepada mana2 individu (atau organisasi.. erk? ) jika ada terasa hati dengan sya.. sesungguhnya, kadang2 sya memang suka terlepas ckp, tapi setiap apa yang sya luahkan/lafazkan/nyatakan adelah jujur/ikhlas dari hati sya sendiri... (tapi sya yakin anda dapat bezakan antara lawak dan siyes tgh kutuk orang kan2??) heu.. kepada kenangan2 yang indah mahupun pahit, terima kasih kepada mereka2 yang terlibat dalam menjayakan kenangan2 sya itu.. heu.. sesungguhnya, sya sayang kamu semua.. sepanjang sya berada di utp, setakat ni, tak pernah lagi ada siapa2 yang buat sya menyampah (sampai nak bunuh), kalau ade pun, kejap je.. (pastuh oke balik.. hee) kerana itu, tak payahla anda nak riso2 pasnih sya ape2kan anda.. miahahaha...

kepada masa hadapan, sya menantikan anda dengan penuh bersedia.. kepada mereka2 yang akan sya temui, dan akan menemani hidup sya di masa hadapan, sya tak kesah kalau anda dari masa lampau dan sya alu2kan pelakon2 dari filem yang dlu.. hee... sya juga ingin menyatakan bahawa, sya sedang mencari watak2 utama dalam kehidupan sya akan datang.. ciri2nya tertera seperti di bawah:

- harus seorang yang tabah, maka dia boleh memberi sya ketabahan dalam menempuh hidup kini.. (memandangkan, sya seorang yang lemah dan hidup penuh ujian dan rintangan)
- harus seorang yang sabar, maka dia boleh menyabarkan sya bila sya sedang marah atau kalut.. (ngaha..)
- harus seorang yang penyayang, maka dia boleh menyayangi sya seperti mana keluarga dan sahabat2 sya yang terdahulu..
- harus seorang yang jujur, maka dia jujur dan ikhlas untuk lalui hidupnya bersama dengan sya..

apabila membuat list di atas, sya terbayangkan wajah2 mereka yang mempunyai ciri2 seperti di atas.. ibu, bapa, keluarga, abang2, kakak2, sahabat2, adik2.. :) mereka2 sya jumpa dan kenal ketika sya jumpa dan kenal satu jalan dan perjuangan di nakhodakan oleh seorang guru.. dan sya bersyukur di berikan peluang untuk sya.. sya belajar erti dan tujuan hidup, walau masih lagi belajar dan mencari.. sya berharap akan menjadi seorang insan yang lebih baik di masa hadapan..

terima kasih untuk segalanya, dan doakan yang terbaik untuk sya.. :)

*sya ingin menyayangi, yang menyayangi diri sya.. nyatakan rasa anda kepada sya... kerana sya tidak akan tahu sehingga kamu menyatakannya.. (terima kasih untuk kenangan lalu wahai kamu yang sya sukai..)

1 comment:

  1. past is experience. present is experiment. future is expectation. use your experience in your experiment to achieve your expectation.

    ReplyDelete