Nuffnang Ads

Wednesday, August 4, 2010

kerja 0h kerja..

misi mencari kerja adalah sangat susah.. ditambah pula dengan pointer yang agak tidak memuaskan, tidak dipandang langsung oleh syarikat2 yang agak besar.. saya mahu bekerja di tempat yang agak dekat dengan rumah (kalau boleh).. tidak berniat untuk mempunyai kerja yang bergaji besar2.. cukup sekadar boleh menampung keperluan hidup (dan menampung hutang2..hu).. ibu dan bapa nampaknya berminat untuk saya menjadi seorang pengajar.. bapa suka saya mengambil KPLI, manakala ibu suka saya menjadi pensyarah politeknik.. mereka suka saya bekerja dengan kerajaan.. mungkin lebih senang begitu.. walaupun gaji tidak sehebat syarikat2 'oil & gas' , tapi hidup persaraan dijamin selesa.. ditambah sejarah keluarga yang mempunyai banyak masalah kesihatan, mereka ditanggung oleh kerajaan.. (memandangkan saya anak mereka, tidak mustahil apabila berada di umur mereka pun mempunyai masalah yang sama).. oleh itu, mari berusaha mendapatkan kerja sebelum tahun depan!!!

No comments:

Post a Comment